Ahad, 26 Januari 2014

Mclaren MP4-29


Mclaren jugga telah mempamerkan secara raminya jentera baru mereka MP4-29 untuk musim 2014. Reka bentuk hadapan yang boleh dikatakan agak seperti gajah dan unik. Reka bentuk ini tidak lagi mengikut reka bentuk tradisional dan konservatif seperti Ferrari F14 T.



Yang menjadi isu hangat Mclaren adalah ketiadaan Martin Whitmarsh dalam pasukan dan Mclaren rancak menandatangani dan membawa masuk staf baru daripada Red Bull dan Lotus. Dikatakan juga Ciaron Pilbeam, bekas jurutera perlumbaan Mark Webber juga telah dibawa masuk ke dalam pasukan.

Ketiadaan Whitmarsh menjadi tanda tanya iaitu siapakah Ketua Pasukan Mclaren musim ini. Adakah Eric Boullier yang telah berhenti daripada pasukan Lotus Ahad lalu atau pun Ross Brawn?

Mungkin pencapaian musim lalu yang agak mengecewakan menjadi penyebab Whitmarsh digugurkan. Penaja utama juga masih belum lagi diumumkan Mclaren setelah Vodafone telah menamatkan perjanjian jangka panjangnya Disember 2013 lalu. Yang penting, Mclaren mempunya peruntukan kewangan yang besar walaupun tanpa penaja utama.

Musim ini juga menunjukkan Jenson Button akan digandingkan dengan Rookie Kevin Magnussen. Kevin merupakan juara Formula Renault 2013 menggantikan Sergio Perez yang digugurkan setelah semusim bersama McLaren. Perez akan menyertai Force India untuk musim 2014.


Spesifikasi MP4-29

Pengeluar : Mclaren
Pereka : Tim Gross
Chassis : Karbon Fiber
Enjin : Mercedes PU106A Hybrid 1.6 L V6 Turbocharged
Berat : 691kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan