Selasa, 28 Januari 2014

Dari Proton Untuk Awal 2014

Proton sangat agresif pada awal tahun ini dengan melancarkan satu model baru dan 3 model facelift. Ternyata Pengeluar Kereta Nasional ini tidak boleh duduk diam dengan pesaing terdekat mereka iaitu Perodua yang baru sahaja mengeluarkan Model Alza baru. Persiangan yang sihat ini perlu untuk memberikan peluang rakyat Malaysia merasai model-model baru di pasaran.

Proton Perdana 2014

Setelah lama menggunakan versi lama iatu Proton Perdana V6, akhirnya Proton mengeluarkan model gantian Proton Perdana 2014 yang hanya akan dijual kepada Kerajaan Malaysia. Model ini kalau dilihat seiras dengan model Honda Accord. Sebenarnya, memang dibuat berlandaskan platform Honda Accord. Perdana baru ini dikeluarkan dengan dua jenis enjin iaitu 2.0 dan 2.4.Bahagian kosmetik sahaja yang nampak berlainan iaitu pada grill hadapan, lampu belakang dan juga rim alloy yang baru. 

Proton Inspira Super Premium

Satu lagi model yang berasaskan kereta buatan Jepun, Mitsubishi Lancer, Inspira sememangnya menjadi pilihan untuk peminat Mitsubishi dan juga Proton. Versi baru ini dilancarkan dengan rekabentuk rim alloy 18 Inci , aksesori R3 dan pelekat sisi.Hanya warna putih sahaja yang boleh didapati.

Proton Satria Neo 4AT

Satria baru ini dilengkapi dengan bumper depan dan belakang Satria Neo CPS MT Standard. Selain enjin Campro, dilengkapi juga dengan dua kit R3 iaitu Spoiler dan rim R3 16 Inci. Selain itu juga dua airbag dan ABS brek juga ada pada model ini.

Proton Suprima S Super Premium

Model varian Suprima S yang paling tinggi, Suprima baru ini dilengkapi dengan penambahan kit R3 tanpa penambahan kuasa enjin. Dikuasakan dengan enjin 1.6 Turbo 7 kelajuan CVT dan mempunyai 140 kuasa kuda. Ditawarkan dengan linkungan harga 88 ribu dan waranti 5 tahun atau 150000km. Sangat bagus untuk dijadikan pilihan mereka-mereka yang sedang cari kereta.


Isnin, 27 Januari 2014

Perodua Buddyz

Perodua telah mempamerkan model konsep yang dikenali sebagai Perodua Buddyz. Mungkin model ini akan mula dipasarkan kepada pembeli di hujung 2014. Kereta konsep perodua ini dibangunkan dengan tunjuk ajar dan kerjasama Dahatsu Motor Corporation.

Kereta konsep ini pertama kali dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa 2013 di Kuala Lumpur. Selain Buddyz banyak lagi model baru akan dikeluarkan oleh Perodua setelah Kilangnya yang baharu di Rawang siap pada pertengahan tahun.

Tujuan utama kereta ini adalah untuk menghasilkan kereta yang cekap tenaga dan memelihara alam sekitar. Berikut adalah imej Perodua Buddyz








Juara Dunia Ferrari

Sebelum bermulanya musim F1 2014, mari kita singkap dan lihat juara-juara dunia yang hadir dalam pasukan Formula Satu Ferrari. Mereka-mereka ini yang menyumbang kepada jumlah kejuaraan pemandu untuk pasukan sepanjang lipatan sejarah. Berikut adalah sembilan orang juara dunia bersama Ferrari :

1.Alberto Ascari (itali)
JuaraDunia Formual 1 : 1952 dan 1953


Ascari merupakan salah seorang daripada dua Juara Formula Satu dari Itali. Memulakan karier dengan Maserati  pada tahun 1946. Ascari memulakan karier bersama Ferrari pada tahun 1950 di Monte Carlo. Ascari memenangi kejuaraan dunia bersama Ferrari pada tahun 1952 dan 1953. Beliau merupakan penyumbang pertama kejuaraan dunia buat Ferrari. Pada tahun 1954, akibat masalah gaji, Ascari menyertai Lancia sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1955 pada usia 36 tahun.

2.Juan Manuel Fangio (Argentina)
Juara Dunia Formula 1: 1951,1954,1955,1956 dan 1957
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1956

Merupakan antara lagenda Formula Satu yang disebut-sebut. Rekodnya Berjaya dipecahkan oleh Micheal Schumacher pada tahun 2002. Sebelum menyertai Ferrari, Fangio telah menjadi juara dunia bersama Alfa Romeo,Maserati dan Mercedes-Benz. Fangio menyertai Ferrari 1956 serta merangkul kejuaraan bersama Ferrari pada tahun yang sama. Hubungan dingin bersama Enzo Ferrari menyebabkan beliau berpindah kembali ke Maserati dan mengekalkan kejuaraan pada 1957.

3.Mike Hawthorn (Britain)
Juara Dunia Formula 1: 1958
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1958

Dikenali dengan memakai bow tie sewaktu perlumbaan ,Mike Hawthorn memenangi kejuaraan dunia pada tahun 1958 bersama Ferrari. Selepas menjuarai perlumbaan Formula Satu pada tahun yang sama, Mike mengumukan persaraannya kerana kematian rakan baiknya dan juga rakan sepasukan di Ferrari Peter Collins di Grand Prix Jerman. Beliau juga mempunyai permusuhan yang ketat dengan Luigi Musso di atas litar. Mike meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun 1959.

4.Phil Hill (Amerika Syarikat)
Juara Dunia Formula 1: 1961
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1961

Hill memulakan karier tetap bersama Ferrari pada tahun 1959. Beliau memenangi  tiga podium dan menamtkan musim 1959 di tempat keempat. Pada tahun 1960, beliau memenangi Grand Prix Itali di Monnza, dan merupakan pelumba dari Amerika yang pertama memenangi Formula Satu selepas 40 tahun. Pada tahun 1961, Hill menjuarai kejuaraan Formula Satu dengan diikuti rapat rakan sepasukan Wolfgang Von Trips yang maut dalam kemalangan di Grand Prix Itali. Hill berlumba untuk semusim lagi bersama Ferrari sebelum beliau bersara dari perlumbaan Formula Satu.

5.John Surtees (Britain)
Juara Dunia Formula 1: 1964
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1964

John Surtees adalah salah seorang antara dua Pelumba kelahiran Britain yang memenangi kejuaraan Formula Satu bersama Ferrari. Sebelum berlumba Formula Satu , Surtees adalah Juara Dunia 4 kali Kejohanan Motorsikal Dunia 500cc. Beliau menyertai Formula Satu pada tahun 1960 dan meneyertai Ferrari pada tahun 1963 setahun sebelum memenangi Kejuaraan Formula Satu. Surtees juga terkenal kerana menjadi Pelumba Honda pertama memenangi Grand Prix Formula Satu pada tahun 1967.

6.Niki Lauda (Austria)
Juara Dunia Formula 1: 1975, 1977 dan 1984
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1975 dan 1977

Lauda menjadi juara dunia bersama Ferrari 1975 dan 1977. Dikenali ramai dengan gaya pemanduan yang berani, Lauda menyertai Ferrari pada tahun 1974. Lauda menamatkan penantian sebelas tahun Ferrari untuk menjadi juara kategori pemandu dan pengeluar. Lauda juga dikenali dengan kisah permusuhannya di atas litar dengan James Hunt. Di Grand Prix Jerman 1976, Lauda telah mengalami kemalangan dan menyebabkan mukanya terbakar. Kemalangan itu juga menyebabkan beliau kehilangan separuh telinga sebelah kanan dan rambut sebelah kanan kepalanya. Lauda berjaya sembuh dan menamatkan kejuaraan di tempat kedua pada tahun 1976. Pada tahun 1977 Lauda menguasai Kejuaraan sebelum menyertai Brabham. Lauda kemudiaanya menjuarai Kejuaraan pada tahun 1984 bersama Mclaren.

7.Jody Scheckter (Afrika Selatan)
Juara Dunia Formula 1: 1979
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1979

Berpindah dari Walter Wolf Racing pada tahun 1979 , Scheckter dikatakan akan mempunyai masalah bersama Ferrari. Namun, beliau menidakkan kesemua persepsi negatif dengan membantu Ferrari menjuarai kategori pengeluar dan pemandu pada tahun pertama bersama Ferrari. Dengan pemanduan konsisten dan tiga kemenangan, beliau berjaya menguasai musim 1979. Pada tahun 1980, musim yang amat mengecewakan buat Scheckter dan Ferrari. Ia dikatakan antara sebab beliau bersara dari Formula Satu pada tahun 1981. Scheckter juga merupakan pemandu terakhir memenangi Kejuaraan Formula Satu buat Ferrari selama 21 tahun sebelum Micheal Schumacher menjadi juara pada tahun 2000.

8.Micheal Schumacher (Jerman)
Juara Dunia Formula 1: 1994,1995,2000,2001,2002,2003 dan 2004
Juara Dunia Bersama Ferrari : 2000-2004

Pada tahun 1996, Schumacher menyertai Ferrari dari Juara Dunia Benetton dengan gaji 60 juta dollar untuk dua tahun. Schumacher dikatakan adalah penjenamaan semula Ferrari yang mengalami musim suram selepas kemenangan terakhir Jody Scheckter. Walaupun begitu, Schumacher terpaksa menunggu selepas 5 musim untuk memenangi kejuaraan bersama Ferrari. Dengan nyaris untuk mencatat Kejuaraan lebih awal pada 1997 dan 1998, akhirnya beliau berjaya menghadiahkan Ferrari kejuaraan pertama selepas 21 tahun. Schumacer juga mencatat sejarah sebagai pemandu yang memenangi 5 kejuaraan berturut-turut bersama Ferrari dan mendominasi Formula Satu. Schumacher bersara pada tahun 2007 sebelum kembali semula menyertai Mercedes pada tahun 2010 hingg 2012.

9.Kimi Raikkonen (Finland)
Juara Dunia Formula 1: 2007
Juara Dunia Bersama Ferrari : 2007

Kimi Raikkonen menyertai Ferrari sebagai pengganti Schumacher pada tahun 2007. Berpindah dari Mclaren, Kimi dibayar dengan gaji 51 Juta Dollar setahun dan merupakan prospek tinggi untuk Ferrari. Beliau berjaya membuktikannya setelah menjadi Juara Formula Satu pada musim pertama bersama Ferrari. Walaupun begitu, Kimi berjaya ditewaskan rakan sepasukan Felipe Massa pada tahun 2008. Jentera Ferrari yang tidak konsisten pada tahun 2009 menyebabkan Kimi meninggalkan Formula Satu sebelum kembali semula dengan menyertai Lotus pada tahun 2012. Kimi diumumkan sebagai pengganti Massa pada tahun 2014 dan berpasangan dengan musuh tradisi dan pesaingnya pada tahun 2005 dan 2007, Fernando Alonso.




Ahad, 26 Januari 2014

Mclaren MP4-29


Mclaren jugga telah mempamerkan secara raminya jentera baru mereka MP4-29 untuk musim 2014. Reka bentuk hadapan yang boleh dikatakan agak seperti gajah dan unik. Reka bentuk ini tidak lagi mengikut reka bentuk tradisional dan konservatif seperti Ferrari F14 T.



Yang menjadi isu hangat Mclaren adalah ketiadaan Martin Whitmarsh dalam pasukan dan Mclaren rancak menandatangani dan membawa masuk staf baru daripada Red Bull dan Lotus. Dikatakan juga Ciaron Pilbeam, bekas jurutera perlumbaan Mark Webber juga telah dibawa masuk ke dalam pasukan.

Ketiadaan Whitmarsh menjadi tanda tanya iaitu siapakah Ketua Pasukan Mclaren musim ini. Adakah Eric Boullier yang telah berhenti daripada pasukan Lotus Ahad lalu atau pun Ross Brawn?

Mungkin pencapaian musim lalu yang agak mengecewakan menjadi penyebab Whitmarsh digugurkan. Penaja utama juga masih belum lagi diumumkan Mclaren setelah Vodafone telah menamatkan perjanjian jangka panjangnya Disember 2013 lalu. Yang penting, Mclaren mempunya peruntukan kewangan yang besar walaupun tanpa penaja utama.

Musim ini juga menunjukkan Jenson Button akan digandingkan dengan Rookie Kevin Magnussen. Kevin merupakan juara Formula Renault 2013 menggantikan Sergio Perez yang digugurkan setelah semusim bersama McLaren. Perez akan menyertai Force India untuk musim 2014.


Spesifikasi MP4-29

Pengeluar : Mclaren
Pereka : Tim Gross
Chassis : Karbon Fiber
Enjin : Mercedes PU106A Hybrid 1.6 L V6 Turbocharged
Berat : 691kg

Ferrari F14 T

Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen bersama F14 T

Pasukan Ferrari secara rasminya memperkenalkan pada umum jentera baru Formula 1 untuk musim 2014 (F14 T). F14 T ialah nama yang dipilih oleh peminat-peminat Ferrari yang mengundi di laman web rasmi Scuderia Ferrari. 14 diklasifikasikan sebagai tahun 2014 manakala T adalah mewakili Turbocharged. Ferrari dan Mclaren adalah dua pasukan yang memperkenalkan jentera mereka secara rasmi pada minggu lepas. Kebanyakan pasukan hanya mendedahkan imej komputer jentera masing-masing.

F14 T mempunyai rekabentuk yang unik tetapi tidaklah terlalu berlainan dengan rekabentuk jentera tahun 2013. Yang menjadi perhatian ialah kedua-duanya akan dipandu oleh dua bekas juara dunia Formula 1 iaitu Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen.

Kimi Raikkonen yang kembali kepada Ferrari berharap agar beliau dapat mengecapi kejayaan pada tahun 2007 yang menyaksikan beliau menjuarai kategori pelumba. Fernando Alonso pula berharap beliau akan berjaya menjadi juara setelah nyaris melakukannya selama 4 tahun bersama Ferrari.



Berikut adalah Spesifikasi Ferrari F14 T

Pembuat : Ferrari
Pereka : Rory Byrne
Enjin : Ferrari F059/3 1.5L V6 Turbocharged
Chasis : Karbon Fiber
Berat : 691kg

Khamis, 23 Januari 2014

TOYOTA Vios Baru


Versi awal keluaran Thailand

Toyota Vios baru telah diperkenalkan pada umum di Bangkok International Motor Show. Toyota mengeluarkan model baru bertujuan untuk mengeksport Vios pada peringkat global bukan sahaja di Asia Tenggara. Toyota Vios baru di rekabentuk berkonsepkan `luxury sports` dalaman dan luaran. Bahagian luar dibesarkan kepada 4.410mm dan mengekalkan lebar kereta seperti model sebelumnya. Perubahan dalaman hanya pada meter kelajuan yang berada di hadapan pemandu dan bukan lagi di bahagian tengah. Walaupun begitu, Vios baru masih mengekalkan enjin VVTI  1NZ-FE seperti model sebelumnya.

Spesifikasi :
Pembuat : Toyota
Pengeluaran : 2013 - Sekarang
Jenis : Sedan 4-Pintu
Layout : FF Layout
Enjin : 1.5L 1NZ-FE
Transmisi : 5 Kelajuan (Manual) dan 4 Kelajuan (Automatik)

Ruang Dalaman
Enjin VVTI 1NZ-FE
Bahagian Belakang
Vios baru versi TRD Sportivo
Bahagian Tepi
Ruang Dashboard


Toyota Vios Generasi Kedua Versi TRD

Model 2008
Versi 2003 (Awal)


















Ferrari




Ferrari nama yang tidak asing lagi sebagai pengeluar kereta mewah, sporty dan juga antara pengeluar jentera Formula satu. Ferrari ialah pengeluar kereta sport dari Italy yang berpusat di Daerah Maranello, Italy. Ditubuhkan oleh Enzo Ferrari pada tahun 1929 dan dikenali sebagai Scuderia Ferrari. Ferrari pada awalnya ditubuhkan sebagai pasukan lumba kereta sebelum menjadi pengeluar kereta sport pada tahun 1947. Ferrari lebih dikenali dalam sukan perlumbaan terutamanya Formula Satu dan mencapai banyak kejayaan dan kegemilangan dalam sejarahnya. Kereta Ferrari dikenali sebagai simbol kepantasan, mewah, kekayaan dan seksi.



Enzo Ferrari

Simbol yang amat popular dan dilihat pada semua kereta Ferrari adalah simbol kuda hitam yang dikenali sebagai Cavallino Rampante. Kuda hitam ini akan berada di atas perisai kuning bersama belang warna Bendera Itali, Lambang atau simbol ini diambil dan digunakan oleh Enzo Ferrari selepas beliau bertemu dengan Countess Paolina di Litar Ravenna pada tahun 1923. Lambang kuda hitam ini digunakan oleh anak beliau Count Francesco Baracca pada pesawat tempurnya sewaktu Perang Dunia Pertama. Lambang ini juga dianggap sebagai Simbol untuk nasib baik Enzo Ferrari. Warna Ferrari selalunya sinonim dengan warna merah dan warna yang sama digunakan oleh Alfa Romeo pada awal tahun 1920an sewaktu perlumbaan.
Count Francesco Baracca

Berikut adalah garis masa Ferrari dalam Sukan permotoran dan korporat dari 1947 hingga sekarang...


1947

Kereta pertama Ferrari ialah 1947 125 Sport 1.5L V12




1951

Alberto Ascari memenangi Pelumbaan Formula 1 yang pertama.




1952

Ferrari memenangi Kejuaran Formula Satu buat pertama kali.

1960an
Ford cuba untuk membeli Ferrari tetapi tidak berjaya.

1969

Fiat membeli 50% saham Ferrari


1973

Ferrari menarik diri dari Siri Perlumbaan Sport Car dan hanya menumpu pada Siri Formula Satu.



1974 - Awal 1980an
Kejayaan Niki Lauda dan Jody Scheckter dalam Formula Satu dan Kehilangan Gilles Villeneuve.




1988

Enzo Ferrari meninggal dunia.




1996

Micheal Schumacher menyertai Scuderia Ferrari selepas muncul juara bersama Benetton tahun sebelumnya.




1999-2004

Schumacher dan Ferrari mencipta sejarah sebagai Juara Formula Satu dari 2000 hingga 2004 dan Juara kategori Pengeluar dari 1999 hingga 2004




2007

Kimi Raikkonen menjadi Juara Formula Satu bersama Ferrari selepas berpindah dari pasukan pesaing Mclaren.