Sebelum bermulanya musim F1 2014, mari kita singkap dan lihat juara-juara dunia yang hadir dalam pasukan Formula Satu Ferrari. Mereka-mereka ini yang menyumbang kepada jumlah kejuaraan pemandu untuk pasukan sepanjang lipatan sejarah. Berikut adalah sembilan orang juara dunia bersama Ferrari :
1.Alberto
Ascari (itali)
JuaraDunia
Formual 1 : 1952 dan 1953
Ascari
merupakan salah seorang daripada dua Juara Formula Satu dari Itali. Memulakan
karier dengan Maserati pada tahun 1946.
Ascari memulakan karier bersama Ferrari pada tahun 1950 di Monte Carlo. Ascari
memenangi kejuaraan dunia bersama Ferrari pada tahun 1952 dan 1953. Beliau
merupakan penyumbang pertama kejuaraan dunia buat Ferrari. Pada tahun 1954,
akibat masalah gaji, Ascari menyertai Lancia sebelum beliau meninggal dunia
pada tahun 1955 pada usia 36 tahun.
2.Juan Manuel
Fangio (Argentina)
Juara Dunia
Formula 1: 1951,1954,1955,1956 dan 1957
Juara Dunia
Bersama Ferrari : 1956
Merupakan
antara lagenda Formula Satu yang disebut-sebut. Rekodnya Berjaya dipecahkan
oleh Micheal Schumacher pada tahun 2002. Sebelum menyertai Ferrari, Fangio
telah menjadi juara dunia bersama Alfa Romeo,Maserati dan Mercedes-Benz. Fangio
menyertai Ferrari 1956 serta merangkul kejuaraan bersama Ferrari pada tahun
yang sama. Hubungan dingin bersama Enzo Ferrari menyebabkan beliau berpindah
kembali ke Maserati dan mengekalkan kejuaraan pada 1957.
3.Mike Hawthorn (Britain)
Juara Dunia Formula 1: 1958
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1958
Dikenali dengan memakai bow tie sewaktu perlumbaan ,Mike Hawthorn memenangi kejuaraan dunia pada tahun 1958 bersama Ferrari. Selepas menjuarai perlumbaan Formula Satu pada tahun yang sama, Mike mengumukan persaraannya kerana kematian rakan baiknya dan juga rakan sepasukan di Ferrari Peter Collins di Grand Prix Jerman. Beliau juga mempunyai permusuhan yang ketat dengan Luigi Musso di atas litar. Mike meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun 1959.

4.Phil Hill (Amerika Syarikat)
Juara Dunia Formula 1: 1961
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1961
Hill memulakan karier tetap bersama Ferrari pada tahun 1959. Beliau memenangi tiga podium dan menamtkan musim 1959 di tempat keempat. Pada tahun 1960, beliau memenangi Grand Prix Itali di Monnza, dan merupakan pelumba dari Amerika yang pertama memenangi Formula Satu selepas 40 tahun. Pada tahun 1961, Hill menjuarai kejuaraan Formula Satu dengan diikuti rapat rakan sepasukan Wolfgang Von Trips yang maut dalam kemalangan di Grand Prix Itali. Hill berlumba untuk semusim lagi bersama Ferrari sebelum beliau bersara dari perlumbaan Formula Satu.

5.John Surtees (Britain)
Juara Dunia Formula 1: 1964
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1964
John Surtees adalah salah seorang antara dua Pelumba kelahiran Britain yang memenangi kejuaraan Formula Satu bersama Ferrari. Sebelum berlumba Formula Satu , Surtees adalah Juara Dunia 4 kali Kejohanan Motorsikal Dunia 500cc. Beliau menyertai Formula Satu pada tahun 1960 dan meneyertai Ferrari pada tahun 1963 setahun sebelum memenangi Kejuaraan Formula Satu. Surtees juga terkenal kerana menjadi Pelumba Honda pertama memenangi Grand Prix Formula Satu pada tahun 1967.

6.Niki Lauda (Austria)
Juara Dunia Formula 1: 1975, 1977 dan 1984
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1975 dan 1977
Lauda menjadi juara dunia bersama Ferrari 1975 dan 1977. Dikenali ramai dengan gaya pemanduan yang berani, Lauda menyertai Ferrari pada tahun 1974. Lauda menamatkan penantian sebelas tahun Ferrari untuk menjadi juara kategori pemandu dan pengeluar. Lauda juga dikenali dengan kisah permusuhannya di atas litar dengan James Hunt. Di Grand Prix Jerman 1976, Lauda telah mengalami kemalangan dan menyebabkan mukanya terbakar. Kemalangan itu juga menyebabkan beliau kehilangan separuh telinga sebelah kanan dan rambut sebelah kanan kepalanya. Lauda berjaya sembuh dan menamatkan kejuaraan di tempat kedua pada tahun 1976. Pada tahun 1977 Lauda menguasai Kejuaraan sebelum menyertai Brabham. Lauda kemudiaanya menjuarai Kejuaraan pada tahun 1984 bersama Mclaren.

7.Jody Scheckter (Afrika Selatan)
Juara Dunia Formula 1: 1979
Juara Dunia Bersama Ferrari : 1979
Berpindah dari Walter Wolf Racing pada tahun 1979 , Scheckter dikatakan akan mempunyai masalah bersama Ferrari. Namun, beliau menidakkan kesemua persepsi negatif dengan membantu Ferrari menjuarai kategori pengeluar dan pemandu pada tahun pertama bersama Ferrari. Dengan pemanduan konsisten dan tiga kemenangan, beliau berjaya menguasai musim 1979. Pada tahun 1980, musim yang amat mengecewakan buat Scheckter dan Ferrari. Ia dikatakan antara sebab beliau bersara dari Formula Satu pada tahun 1981. Scheckter juga merupakan pemandu terakhir memenangi Kejuaraan Formula Satu buat Ferrari selama 21 tahun sebelum Micheal Schumacher menjadi juara pada tahun 2000.

8.Micheal Schumacher (Jerman)
Juara Dunia Formula 1: 1994,1995,2000,2001,2002,2003 dan 2004
Juara Dunia Bersama Ferrari : 2000-2004
Pada tahun 1996, Schumacher menyertai Ferrari dari Juara Dunia Benetton dengan gaji 60 juta dollar untuk dua tahun. Schumacher dikatakan adalah penjenamaan semula Ferrari yang mengalami musim suram selepas kemenangan terakhir Jody Scheckter. Walaupun begitu, Schumacher terpaksa menunggu selepas 5 musim untuk memenangi kejuaraan bersama Ferrari. Dengan nyaris untuk mencatat Kejuaraan lebih awal pada 1997 dan 1998, akhirnya beliau berjaya menghadiahkan Ferrari kejuaraan pertama selepas 21 tahun. Schumacer juga mencatat sejarah sebagai pemandu yang memenangi 5 kejuaraan berturut-turut bersama Ferrari dan mendominasi Formula Satu. Schumacher bersara pada tahun 2007 sebelum kembali semula menyertai Mercedes pada tahun 2010 hingg 2012.

9.Kimi Raikkonen (Finland)
Juara Dunia Formula 1: 2007
Juara Dunia Bersama Ferrari : 2007
Kimi Raikkonen menyertai Ferrari sebagai pengganti Schumacher pada tahun 2007. Berpindah dari Mclaren, Kimi dibayar dengan gaji 51 Juta Dollar setahun dan merupakan prospek tinggi untuk Ferrari. Beliau berjaya membuktikannya setelah menjadi Juara Formula Satu pada musim pertama bersama Ferrari. Walaupun begitu, Kimi berjaya ditewaskan rakan sepasukan Felipe Massa pada tahun 2008. Jentera Ferrari yang tidak konsisten pada tahun 2009 menyebabkan Kimi meninggalkan Formula Satu sebelum kembali semula dengan menyertai Lotus pada tahun 2012. Kimi diumumkan sebagai pengganti Massa pada tahun 2014 dan berpasangan dengan musuh tradisi dan pesaingnya pada tahun 2005 dan 2007, Fernando Alonso.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan